Jumat, 10 Januari 2025
ad

Kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur

Penilaian: 5 / 5

Aktifkan BintangAktifkan BintangAktifkan BintangAktifkan BintangAktifkan Bintang
 

Lentera Cakrawala,Kuala Lumpur - Perkara Penahanan reman 5 orang warga Indonesia di Penjara Kajang di atas sebab penderaan anak perempuan  bernama Afifah berumur 5 tahun sehingga mati.

Merujuk perkara di atas, saya ingin berkongsi maklumat banduan di atas. Berkebetulan saya juga adalah banduan yang baru dibebaskan semalam. Saya berkongsi 1 sel penjara dengan tahanan warga Indonesia Encik Sofian yang ditahan sebagai saksi.

Mereka berlima di tahan reman selama 4 hari, 2 hari sudah berlalu.

Mereka yang ditahan bernama:

1). Soranto (Bapa).
2). Sagiam (Ibu).
3). Angar Fajar Ramadan (Abang).
4). Sofian Helmi Sinaga (Jiran serumah).
5). Purwasih (Isteri Sofian).

Semuanya dari Medan, Sumatera.

Mereka tinggal lebih 5 tahun di rumah sewa beralamat 39, Jalang Dayang 27/8, Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.

Maklumat yang saya perolehi daripada saksi, Encik Sofian ialah seperti di bawah,

Almarhumah Afifah adalah anak yang aktif. Almarhumah sudah sakit sejak hari Ahad 15.10.2023 dan pada hari Isnin mulai tenat dan sawan. Ibunya Sagiam telah arahkan Sofian memanggil tukang urut. Tukang urut telah datang, cara urutannya agak keras menurut Sofian, sehingga badan Almarhum naik lebam.

Apabila mendapati Almarhumah tidak sembuh, malah makin tenat, mereka kemudian bergegas ke Klinik Anda, tetapi terlampau ramai, kaunter menolak dan menyuruh mereka pergi ke cawangan yang lain. Malangnya cawangan tersebut menolak kerana anak ini tiada dokumen surat beranak. Mereka terpaksa pergi ke satu lagi klinik, kilinik ini merawat almarhumah dan mendapati ia sangat serius dan mengarahkan mereka pergi ke hospital Kajang. Malangnya apabila sampai di Hospital, almarhumah sudah meninggal dunia. Badan Almarhumah didapati kebiru-biruan seolah-olah didera.

Hospital telah menghantar laporan  kepada polis.

Pihak polis telah menahan semua penghuni rumah sewa mereka seramai 7 orang termasuk 2 warga Myanmar u tuk tujuan siasatan.

Keluarga almarhumah telah disiasat oleh polis dan mereka dipaksa mengaku bahawa mereka telah membunuh almarhumah, mata mereka ditutup dengan kain dan mereka dipukul dengan kuat.

Keluarga almarhumah menafi sekeras-kerasnya bahawa mereka tidak sekali-sekali mendera almarhumah malah kesan daripada urutan. 

Maklumat di atas dikongsikan kepada saya oleh Encik Sofian yang melihat kejadian.

Saya sekadar menyampaikan laporan ini atas dasar persaudaraan bangsa serumpun dan berharap pihak Kedutaan Indonesia boleh mengirim peguam untuk membela mereka. Mereka semua sekarang berada di dalam Lokap di Pejabat Polis Kajang. Yang benar, Lokman Shazly di Kontak WA HP : +60193119991 /  +60 17-712 3662Malaysia, Rabu (17/4/2024).


(Redaksi)

Bagikan berita ini: